Cari @ Amanz

Pada bulan lepas, Huawei Malaysia telah memperkenalkan Ascend G7 secara rasmi di Malaysia, dan bermula hari ini, peranti dengan sokongan rangkaian 4G LTE tersebut telah pun mula dijual pada harga RM999.

Ascend G7

Huawei Ascend G7 merupakan peranti dengan rekaan yang agak menarik dan premium, hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, dilengkapi cip empat-teras, memori 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, dan dilengkapi antaramuka terbaru Huawei, iaitu EMUI 3.0. Peranti ini turut menyertakan beberapa fungsi khusus, termasuk sokongan Power Saving dan pelbagai pilihan tema padanya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan peranti ini melalui para pengedar rasmi Huawei seluruh negara bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd