Cari @ Amanz

HP Malaysia hari ini telah memperkenalkan beberapa produk baru untuk pasaran tempatan, dan yang menjadi fokus utama adalah HP OMEN dan juga HP Stream. Turut dikongsikan bersama-sama dengan pengenalannya adalah beberapa produk komputer riba dan juga komputer AIO mereka.

HP AIO Beats

HP AIO Beats

Untuk keluarga komputer riba AIO, pihak HP mengumumkan HP Envy Beats All-In-One PC, yang mana merupakan komputer desktop semua-dalam-satu daripada pihak HP, dan dilengkapi dengan sokongan audio daripada Beats yang kini dimiliki oleh Apple. HP ENVY Beats AIO PC ini juga turut hadir dengan rekaan yang unik dan nipis, memudahkan ia untuk digunakan pada meja tanpa bilangan wayar yang banyak, selain hanya memakan ruangan yang amat kecil. Ia dilengkapi dengan Windows 8.1, menggunakan cip pemprosesan Intel Core i5, 8GB RAM, dan ruangan storan sebesar 1TB. Komputer ini dijual pada harga RM3499.

HP AIO Beats

HP AIO Beats

Bersama-sama dengan komputer AIO, mereka turut memperkenalkan komputer riba edisi Beats mereka yang menggunakan Windows 8.1, cip AMD A8-5545M APU, memori 8GB RAM, dan ruangan storan sebesar 1TB. Komputer riba yang turut dilengkapi pelbagai sokongan audio Beats ini dijual pada harga RM1999 di Malaysia.

HP Pavilion x2

HP Pavilion x2

Untuk mereka yang gemarkan komputer riba berbentuk hibrid pula, pihak HP mengumumkan HP Pavilion x2 yang telah sedia dijual di Malaysia sejak beberapa minggu lepas. Ia hadir menggunakan Intel Atom Z3745D, ruangan storan 32GB eMMC, memori 2GB RAM dan dijual pada harga RM1199.

Kesemua produk telah pun mula dijual di Malaysia dan boleh didapati di pasaran – kecuali HP OMEN dan juga HP Stream. HP turut berkongsi pada acara yang sama mengatakan mereka kini mempunyai pegangan pasaran yang lebih tinggi berbanding suku tahun yang lepas, dan akan terus menambah penawaran mereka dari semasa ke semasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd