Cari @ Amanz

Masalah kerosakkan dan beberapa perkara lain di jalan raya merupakan salah satu perkara biasa di Malaysia, dan pengguna agak sukar untuk menyalurkan aduan dan maklumbalas disebabkan prosesnya yang agak sukar pada hari ini. Pihak Kementerian Kerja Raya dilihat ingin mengubahnya dengan menyediakan sebuah aplikasi khusus untuknya.

Mengikut penggunaan awal yang dikongsikan Kementerian Kerja Raya, menggunakan aplikasi berkenaan, orang ramai boleh merakamkan gambar kerosakkan jalan raya dan infrastruktur. Kemudiannya menghantar terus kepada kementerian menggunakan aplikasi tersebut.

Perkara ini sekaligus dilihat akan memudahkan lagi pihak kerajaan mengambil tindakan susulan, selain membolehkan para pengguna menyampaikan aduan dengan lebih mudah.

Buat masa ini ia tidak diketahui lagi bilakah aplikasi berkenaan akan dilancarkan secara rasminya. Memandangkan kita sudah pun tiba pada penghujung tahun 2014 ini, mungkin kita hanya akan melihat aplikasi berkenaan pada tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd