AirDroid 3 Dilancarkan – Membawakan Perisian Desktop, Sokongan AirMirror, Melihat SMS Dan Panggilan

AirDroid 3 Dilancarkan – Membawakan Perisian Desktop, Sokongan AirMirror, Melihat SMS Dan Panggilan

Diterbitkan pada Dis 5, 2014 oleh .

AirDroid 3 Beta telah ditawarkan dalam ujian beta beberapa hari sebelum ini, dan hari ini pihak pembangunnya akhirnya telah pun menerbitkan versi stabil pertama untuk digunakan oleh semua pengguna peranti Android.

Bagi yang tidak mengenali akan AirDroid, ia membolehkan anda mengawal peranti anda menggunakan komputer, termasuk memindahkan fail, melihat panggilan, membalas SMS dan sebagainya. Ia sebelum ini ditawarkan dalam bentuk pelayar web sahaja, tetapi bermula daripada AirDroid 3, pihak pembangunnya turut menawarkan perisian rasmi untuk Windows dan juga Mac.

AirDroid

AirDroid

Selain perisian natif, pihak AirDroid turut menawarkan beberapa pembaharuan baru pada AirDroid 3. Salah satunya adalah AirMirror yang membolehkan anda melihat keseluruhan skrin peranti Android anda di komputer. Ini memudahkan anda untuk melakukan beberapa perkara seperti mengendalikan aplikasi, merakamkan gambar aplikasi dengan mudah, dan turut membuat perkara seperti membalas WhatsApp menggunakan komputer anda. Apa pun, salah satu kekangan untuk fungsi ini adalah anda memerlukan peranti Android 4.0 yang telah di root. Pihak AirDroid mengatakan mereka sedang bekerjasama dengan beberapa pengeluar peranti dalam menyokongnya tanpa memerlukan anda root peranti.

Untuk fungsi yang boleh digunakan tanpa root adalah seperti kebolehan melihat notifikasi, membaca dan membalas SMS, melihat dan menjawab panggilan, memindahkan fail, dan juga fungsi penyulitan dan sekuriti yang lebih baik.

Muat-Turun AirDroid


TIPS & ULASAN