U Mobile Akan Memperluaskan Rangkaian Dan Kawasan Liputan Setanding Pesaing Menjelang Penghujung 2015

U Mobile Akan Memperluaskan Rangkaian Dan Kawasan Liputan Setanding Pesaing Menjelang Penghujung 2015

Diterbitkan pada Dis 5, 2014 oleh .

U Mobile sebelum ini telah sedia berkongsi mengatakan ingin menambah lebih kurang 2000 tapak pemancar 3G dan 4G di serata Malaysia, dan kini, dalam usaha untuk menjayakannya, pihak U Mobile mengumumkan kerjasama dengan pihak ZTE dan Huawei.

Melalui pembangunan sebanyak 1,000 tapak pemancar 3G dan juga 1,000 tapak pemancar 4G LTE bernilai lebih RM1.5 bilion, pihak U Mobile menyasarkan untuk menawarkan kapasiti dan kelajuan rangkaian yang baik – setanding beberapa syarikat telekomunikasi utama lain.

UMobile ZTE Huawei

Pada masa yang sama, pihak U Mobile mengatakan mereka merupakan syarikat telekomunikasi dengan fokus terhadap penawaran data. Mereka turut menekankan yang mana mereka menawarkan data pada harga rendah berbanding dengan beberapa penyedia lain, disamping pada masa yang sama turut menawarkan data percuma ketika melawati negara-negara sekitar Asia Pasifik – sesuatu yang tidak dilakukan oleh sebarang syarikat telekomunikasi lain di Malaysia.

U Mobile juga turut menawarkan data percuma untuk melayari dan menonton video YouTube dari 2 pagi sehingga 10 pagi, selain turut menyediakan data percuma untuk mendengar sejumlah penstriman radio tempatan.

Dengan kerjasama ZTE dan Huawei, mereka dijangka akan membantu U Mobile dari segi kepakarakn telekomunikasi dan membantu dalam pembangunan rangkaian.

U Mobile menyasarkan rangkaian pemancar baru ini siap sepenuhnya pada penghujung tahun hadapan, sekaligus meliputi lebih banyak kawasan sekitar Malaysia berbanding pada hari ini.


TIPS & ULASAN