Casio Exilim MR1 : Kamera Kawaii Selfie

Casio Exilim MR1 : Kamera Kawaii Selfie

Diterbitkan pada Dis 5, 2014 oleh .

Kawaii-Selfie-1

Kamera khas untuk selfie ialah kamera pasaran niche yang semakin banyak di pasaran bagi memenuhi kehendak individu narsis.  Sony memperlihatkan kamera selfie Cybershot DSC-KW1 yang kelihatan seperti sebuah botol minyak wangi beberapa bulan yang lalu. Kali ini tiba giliran Casio pula dengan Exilim MR1 Kawaii Selfie. Berbeza dengan Sony, kamera selfie ini mempunyai cermin pada bahagian hadapan bagi memudahkan pengguna mengambil gambar. Kamera sebesar 14.1 Megapixel diletakkan pada bahagian belakang cermin. Seperti Cybershot KW-1, kamera selfie ini mensasarkan golongan wanita dan terdapat pilihan warna merah jambu, putih dan hijau. Kawaii Selfie turut mempunyai fungsi kesan khas terbina seperti make up, fish eye, bingkai gambar dan mod miniatur. Kemampuan video pula ialah HD penuh 30 frame setiap saat. Bagi memudahkan perkongsian, kamera ini mempunyai fungsi WiFi dan terdapat aplikasi khas yang memudahkan gambar dipindahkan dari kamera ke sebuah telefon pintar.  Harga jualan ialah sekitar RM1140 sebuah.

Kawaii-Selfie-2


TIPS & ULASAN