HTC Re – Kamera Dengan Rekaan Unik Daripada HTC Berharga RM699 Di Malaysia
HTC

HTC Re – Kamera Dengan Rekaan Unik Daripada HTC Berharga RM699 Di Malaysia

Diterbitkan pada Dis 5, 2014 oleh .

HTC Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan kamera aksi mereka untuk pasaran Malaysia, iaitu HTC Re. Hadir dengan rekaan yang unik, HTC Re menggunakan sensor 16-megapixel padanya dengan sokongan rakaman luas.

HTC Re

HTC Re hadir dengan sebuah aplikasi khusus untuk peranti Android dan juga iOS, untuk dihubungkan dan melihat hasil rakaman. Kamera ini turut didatangkan dengan sebuah butang terbina, dan selesa untuk dipegang menggunakan sebelah tangan. Ia turut menyertakan bateri berkapasiti 820mAh, dan ruangan storan berasaskan mikro-SD bersaiz 128GB.

Kamera yang membawakan sokongan kalis air ini juga turut boleh dipakaikan pada beberapa perkara dengan beberapa aksesori khusus untuknya.

Di Malaysia, HTC Re akan dijual pada harga RM699, dan boleh didapati bermula pertengahan Disember ini.


TIPS & ULASAN