HTC Desire EYE Dengan Kamera Depan 13-Megapixel Berharga RM1699 Di Malaysia
HTC

HTC Desire EYE Dengan Kamera Depan 13-Megapixel Berharga RM1699 Di Malaysia

Diterbitkan pada Dis 5, 2014 oleh .

Bersama-sama dengan pengenalan rasmi peranti HTC Re, pihak HTC Malaysia turut sama mengumumkan HTC Desire EYE untuk pasaran Malaysia, yang mana merupakan telefon pintar dengan fokus terhadap selfie daripada pihak HTC. Peranti ini turut hadir dengan perisian EYE Experience terbaru daripada HTC yang membawakan sokongan untuk beberapa mod rakaman baru.

HTC Desire Eye

Telefon pintar ini menggunakan skrin sentuh bersaiz 5.2-inci dengan paparan pada resolusi HD, cip pemprosesan empat-teras Snapdragon 801 2.3Ghz, dan memori 2GB RAM. Menjadi fokus utama pada peranti ini adalah bahagian kamera, dimana ia dilengkapi dengan kamera hadapan 13-megapixel dan juga kamera belakang 13-megapixel.

Untuk perisian, HTC Desire EYE menggunakan Android 4.4 KitKat, dan dilengkapi antaramuka khusus HTC Sense. Ia menawarkan beberapa sokongan perisian popular seperti Blinkfeed, HTC Zoe dan sebagainya. Untuk bahagian kamera, ia dilengkapi dengan sokongan EYE Experience yang menawarkan mod rakaman seperti Split Capture, Face Tracking, dan juga Face Fusion.

HTC Desire EYE kini dijual di Malaysia pada harga RM1699.


TIPS & ULASAN