Cari @ Amanz

Facebook sebelum ini telah memperkenalkan aplikasi Slingshot kepada semua pengguna dengan konsep penggunaan lebih kurang sama seperti Snapchat. Kini, aplikasi berkenaan dikemaskini dengan beberapa perubahan pada aplikasi berkenaan dalam usaha untuk menarik para pengguna menggunakannya.

Salah satu perubahan drastik adalah bagaimana gambar dan video dihantar pada aplikasi berkenaan. Sebelum ini, menggunakan Slingshot, anda perlu menghantar gambar atau video yang dirakamkan kepada rakan-rakan anda, tetapi melalui Slingshot 2.0 ia berubah.

Slingshot

Kini, Slingshot 2.0 membolehkan anda mengikuti rakan-rakan anda seperti pada laman sosial seperti Instagram atau Twitter, dan menerbitkan gambar dan video anda di feed untuk dilihat oleh rakan-rakan anda. Seperti biasa, rakan anda boleh meninggalkan video atau gambar balasan melalui Slingshot.

Seperti versi asal, semua gambar dan video yang diterbitkan akan hilang selepas tempoh 24 jam, ataupun selepas seseorang rakan anda melihatnya.

Perkara ini sekaligus dilihat ingin menjadikan aplikasi berkenaan lebih interaktif, dan membuatkan pengguna lebih aktif menggunakannya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Slingshot ini secara percuma daripada Apple AppStore ataupun Google Play Store.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd