Cari @ Amanz

Ipad-casing-1

Kami membeli dua buah iPad bersaiz 16 Gigabyte beberapa tahun yang lalu. Pada waktu itu saiz 16 Gigabyte terasa amat besar. Kami mula menyedari saiz muatan dalaman tablet kami tidak cukup besar apabila cuba mengemaskini sistem operasi ke iOS 8. Ruang kosong yang diperlukan adalah terlalu besar dan sehingga kini kami kekal dengan iOS 7. Memindahkan fail dari iPad ke komputer pula tidak mesra pengguna kerana memerlukan iTunes. Oleh itu apabila kami menemui cangkerang dengan slot penambahan memori dalaman kad SD ini kami cukup teruja. Cangkerang ini membolehkan anda menambah muatan dalaman sehingga 128 Gigabyte menggunakan kad SD. Pemindahan data dari muatan dalaman iPad kedalam kad SD dilakukan dengan menggunakan aplikasi khas. Selain daripada pembaca kad SD terbina, cangkerang ini turut dilengkapi power bank sebesar 2600 mAh yang mampu memanjangkan hayat tablet sebanyak 8 jam.

Ipad-casing-2

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd