Android TV Daripada Pihak Sony Mungkin Hadir Seawal Bulan Februari 2015?

Android TV Daripada Pihak Sony Mungkin Hadir Seawal Bulan Februari 2015?

Diterbitkan pada Dis 5, 2014 oleh .

Google dengan pengenalan Android 5.0 Lolipop turut telah memberikan perhatian kepada platform televisyen mereka, dinamakan sebagai Android TV. Buat masa ini, pihak Asus menawarkan sokongan untuknya melalui Nexus Player, dan kini beberapa desas-desus hadir mengatakan pihak Sony turut akan menyertainya.

Android TV

Android TV merupakan platform Android yang dioptimasikan untuk skrin televisyen. Ia lebih memfokuskan kepada sokongan Google Play Games dan juga Google Play Videos, selain turut hadir dengan sokongan beberapa aplikasi.

Menurut laporan awal, Sony jika hadir dengan Android TV ini, mereka mungkin akan memperkenalkan model pertama televisyen mereka seawal bulan Februari 2015 kelak. Sony pada hari ini sedia memfokuskan kepada pelbagai peranti Android – termasuk telefon pintar, tablet dan juga jam tangan pintar berasaskan Android.

Menariknya, ia turut dikatakan Sony mungkin mengintegrasikan sokongan PS4 Remote Play terus pada Android TV mereka dalam usaha memudahkan para pemain memainkan permainan menggunakannya. Harga jualannya kelak dijangka akan sedikit mahal dan akan ditawarkan dalam beberapa model.

Pihak Sony tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi buat masa ini berkaitan dengan perancangan mereka untuk Android TV.


TIPS & ULASAN