Cari @ Amanz

Bagi kebanyakkan pemain tegar, anda mungkin pernah memainkan atau sekurang-kurangnya mendengar akan siri permainan Street Fighter daripada Capcom. Ia telah popular sejak tahun 1990-an, dan terkini pihak Capcom dilihat bakal hadir dengan siri baru permainan mereka dinamakan Street Fighter V.

Street Fighter V

Melalui sebuah video trailer yang tertiris, permainan Street Fighter V ini dilihat akan hadir secara eksklusif untuk konsol PlayStation 4 dan juga untuk pemain PC.

Info lanjut berkenaan permainan ini dijangka akan diketahui tidak lama lagi, dan memandangkan hanya akan hadir ke dua platform terlebih dahulu, maka tidak mustahil untuk kita melihat permainan ini dilancarkan seawal tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd