Tesla Motors Dilaporkan Berminat Untuk Memasuki Pasaran Malaysia Jika Ada Insentif Cukai Dan Prasarana

Tesla Motors Dilaporkan Berminat Untuk Memasuki Pasaran Malaysia Jika Ada Insentif Cukai Dan Prasarana

Diterbitkan pada Dis 6, 2014 oleh .

Tesla Motors merupakan salah satu pengeluar kereta elektrik terkemuka di dunia, dan kini ia dilaporkan yang mana syarikat berkenaan berminat untuk memasuki pasaran tempatan dan menawarkan kenderaan mereka untuk pengguna di Malaysia.

Perkara mengenainya dikongsikan oleh CEO Malaysian Green Technology Corporation (Green-Tech Malaysia) kepada pihak Berita Harian ketika acara Persidangan dan Pameran Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabangsa Malaysia (IGEM 2014) semalam.

Beliau mengatakan yang mana Tesla Motors berminat untuk membawa masuk kenderaan mereka ke pasaran Malaysia, terutamanya jika terdapat insentif cukai dan sokongan prasarana di Malaysia.

Tesla mempunyai beberapa penawaran dibawah mereka, dan yang popular adalah Tesla Model S yang telah diperkenalkan pada tahun 2009 lepas, dan hadir dalam beberapa variasi. Selain Tesla, beberapa pengeluar kenderaan lain turut mempunyai penawaran kenderaan elektrik mereka, termasuk BMW, dan Volkswagen.

Menurut CEO Green-Tech Malaysia, pengeluar kenderaan elektrik kini mahu melihat komitmen kerajaan dalam membangunkan segmen tersebut di Malaysia menerusi pembangunan prasaran, stesen pengecas, tawaran insentif cukai, dan juga permintaan terhadap kenderaan elektrik tersebut sendiri.

Perkara seperti pengumuman minat untuk membawa masuk produk ke pasaran tempatan ini merupakan sesuatu perkara biasa dalam industri, dan turut terdapat keberangkalian yang mana mereka tidak memasuki pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN