Final Fantasy VII Edisi PS4 Bakal Menemui Pengguna Tahun Hadapan

Final Fantasy VII Edisi PS4 Bakal Menemui Pengguna Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Dis 7, 2014 oleh .

Rata-rata bagi anda yang meminati siri permainan Final Fantasy sudah tentu suka akan Final Fantasy VII (7). Pada acara PlayStation Experience yang telah diadakan hari ini, Square Enix telah mengumumkan dan berkongsi berita baik untuk pengguna PlayStation 4, dimana edisi yang dikemaskini khusus untuk pengguna PlayStation 4 bakal hadir pada tahun hadapan.

Sekiranya dilihat dari trailer pengumuman Sony, ia masih memperlihatkan kualiti grafik menyerupai versi asal permainan berkenaan. Ia agak berbeza dengan edisi remastered untuk permainan yang lain, dan seperti tiada sebarang perubahan berbanding permainan asal ini. Ia turut boleh dikatakan seperti permainan asal Final Fantasy VII daripada PC yang hanya di port kepada platform PlayStation 4 sahaja tanpa sebarang kejutan.

Permainan ini bakal dilancarkan pada tahun hadapan. Bagi anda yang sedia memainkan permainan Final Fantasy VII ini, adakah anda akan mendapatkannya semula pada konsol PlayStation 4?


TIPS & ULASAN