Cari @ Amanz

DeviantArt merupakan salah satu laman perkongsian hasil kerja dan karya seni dikalangan pengguna, dan agak popular bagi mereka yang terlibat dalam arena seni digital. Akhir-akhir ini mereka boleh dikatakan agak senyap tanpa kemaskini, dan terkini mereka hadir dengan kejutan – dimana memperkenalkan sebuah logo baru, selain turut mengumumkan aplikasi mudah-alih.

DeviantArt

Penjenamaan semula ini memberikan nafas baru pada logo DeviantArt, disamping mengekalkan identiti kontemporari mereka. DeviantArt mengatakan mereka telah menghabiskan masa berbulan untuk hadir dengan identiti baru ini, dan turut akan hadir dengan kemaskini rekaan laman tidak lama lagi.

Bersama-sama perubahan logo ini, pihak DeviantArt mengumumkan sebuah aplikasi rasmi untuk pengguna Android dan juga iOS. Pada era peranti mudah-alih kini, kebanyakkan perkhidmatan sedia mempunyai aplikasi rasmi mereka, dan DeviantArt telah mengambil masa yang agak lama untuk memperkenalkannya. Ia bakal dilancarkan secara rasmi kepada umum pada 10 Disember ini.

DeviantArt

Menggunakan aplikasi mudah-alih mereka, pengguna boleh mengikuti pelbagai kemaskini semasa dan perkongsian pengguna lain di DeviantArt. Selain itu, pengguna turut boleh memuat-naik gambar dan hasil kerja mereka terus menggunakan peranti mudah-alih tersebut. DeviantArt mengatakan mereka turut akan hadir dengan rekaan versi tablet, selain mana web mereka kelak akan dikemaskini dengan mengambil inspirasi versi aplikasi mudah-alih ini.

Perubahan ini boleh dikatakan merupakan permulaan baru kembali kepada laman DeviantArt yang mempunyai pengguna yang masih kekal aktif sehingga hari ini. Mereka juga sebelum ini telah menerima pelaburan daripada AutoDesk, dan semestinya tahun 2015 merupakan salah satu tahun menarik untuk melihat perkembangan laman komuniti digital popular ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd