HTC One M8 Dan M7 Dijangka Menerima Android 5.0 Lolipop Menjelang Penghujung Januari 2015
HTC

HTC One M8 Dan M7 Dijangka Menerima Android 5.0 Lolipop Menjelang Penghujung Januari 2015

Diterbitkan pada Dis 7, 2014 oleh .

HTC telah mengumumkan yang mana mereka komited untuk mengemaskini peranti HTC mereka dalam masa kurang 90 hari, dan dengan pengenalan kemaskini Lolipop untuk peranti mereka versi GPE (Google Play Edition), kini versi Sense dijangka akan diperkenalkan sekitar penghujung Januari.

HTC One M8

Android 5.0 Lolipop membawakan perubahan dari segi antaramuka, disamping membawakan pengoptimasian untuk penggunaan bateri yang lama, sokongan ART, memaparkan notifikasi pada skrin kunci, dan beberapa fungsi baru yang lain.

HTC One M7 dan juga HTC One M8 dijangka akan menjadi yang terawal menerimanya, sebelum beberapa peranti lain daripada HTC. Selain daripada HTC, beberapa pengeluar lain juga turut dalam perlumbaan untuk memperkenalkan kemaskini Android 5.0 Lolipop untuk peranti mereka – termasuk Samsung dan juga Sony.


TIPS & ULASAN