Info awal berkenaan Street Fighter V telah tertiris sehari yang lepas, dan terkini pihak Capcom dan Sony secara rasminya mengumumkan permainan Street Fighter V yang akan hadir secara eksklusif pada PlayStation 4 dan juga PC.
Bersama-sama dengan pengumuman tersebut, pihak Sony turut memperlihatkan sebuah trailer rasmi memperlihatkan Ryu dan juga Chun-Li beraksi dalam permainan aksi lawan tersebut.
Menariknya, Capcom turut berkongsi beberapa maklumas berkaitan permainan berkenaan, dan menjadi fokus utama adalah kebolehan untuk memainkan permainan tersebut secara cross-platform. Melaluinya, para pemain di PlayStation 4 boleh bersaing dengan rakan mereka di PC tanpa sebarang masalah, disamping turut memainkannya bersama-sama rakan pada platform yang sama.
Capcom turut mengatakan yang mana permainan ini hanya akan hadir pada konsol PlayStation 4 sahaja, memperlihatkan Xbox tidak akan menerimanya.
Bersama-sama pengumuman ini, pihak Capcom turut mengumumkan yang mana Ultra Street Fighter 4 turut akan hadir ke PlayStation 4 pada tahun hadapan – yang mana akan membawakan beberapa watak baru berbanding veri sebelumnya, menjadikan jumlah 44 watak untuk dimainkan.