Cari @ Amanz

Jika anda memiliki PlayStation 3, siri Uncharted ialah siri permainan yang harus anda main walaupun hanya sekali. Tiga permainan ini dihasilkan dan ketiga-tiganya boleh dikategorikan sebagai klasik. Kejayaan Nathan Drake memenangi pelbagai anugerah adalah sebab utama mengapa corak permainan Tomb Raider 2013 diubah dengan drastik berbanding versi terdahulu. November tahun lalu trailer pertama Uncharted 4 : A Thief’s End dipertontonkan. Semalam demo terkini Uncharted 4 diperlihatkan kepada umum. Peningkatan grafik pada versi PlayStation 4 ini sangat mengagumkan. Tumbuh-tumbuhan kiniĀ  berinteraksi dengan avatar kawalan pemain. Model watak Nathan Drake juga tampak lebih realistik. Permainan yang dihasilkan oleh studio Naughty Dog ini akan mula dijual tahun hadapan di bawah arahan Neil Druckman, pengarah permainan The Last of Us. Sekiranya anda sudah memiliki PlayStation 4, Uncharted 4 pastinya alah permainan yang harus anda miliki apabila ia muncul kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd