Cari @ Amanz

Sebagai peminat tegar sesuatu permainan, kustomasi dan konsol edisi khas merupakan salah satu perkara yang diinginkan. Pemain sanggup berlapar demi mendapatkan konsol edisi khas Metal Gear Solid seperti contoh. Menyedari hakikat ini, satu lagi perkara yang diumumkan pada acara PlayStation Experience adalah Projek SkyLight yang membolehkan pengguna menukar bahagian Faceplate pada PlayStation 4 mereka.

Melalui projek ini, pihak Sony akan menjual faceplate dengan rekaan-rekaan yang menarik. Ia dijual pada harga USD 24.99 (~RM 87) dan buat masa ini hanya mempunyai dua rekaan iaitu Little Big Planet 3 dan juga The Order: 1886. Walaubagaimanapun, ia hanya dijual untuk pasaran dan pengeposan terhad di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini dan difahamkan ia dijual pada kuantiti yang terhad. Pihak Sony juga akan muncul dengan pelbagai rekaan pada masa hadapan.

Sebagai pemain, kustomasi ini sangat dialu-alukan kerana pembelian konsol edisi terhad agak sukar sekiranya terdapat pelbagai permainan yang diminati. Adakah sekiranya anda meminati Metal Gear Solid, Destiny, anda perlu mempunyai sehingga dua konsol yang sama platform dengan kemasan berbeza ? Mungkin jika anda kaya ianya bukan satu masalah.

Apakah Faceplate PS4 yang anda inginkan? Kongsikan bersama kami.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd