YouTube 6.0 Untuk Android Dikemaskini Dengan Antaramuka Material Design

YouTube 6.0 Untuk Android Dikemaskini Dengan Antaramuka Material Design

Diterbitkan pada Dis 7, 2014 oleh .

Google sejak memperkenalkan Android 5.0 Lolipop, telah mengemaskini satu demi satu aplikasi mereka dengan sokongan antaramuka Material Design yang selari pada pelbagai saiz skrin. Terkini, turut menerima kemaskini baru untuknya adalah aplikasi YouTube untuk Android.

YouTube Material Design

YouTube Material Design

Dengan kemaskini baru ini, ia membawakan antaramuka Material Design, serta menggunakan gambar profil berbentuk bulat – berbanding empat-segi sebelum ini. Google juga turut membawakan sedikit perubahan pada bahagian navigasi aplikasi berkenaan. Pada bahagian tetapan juga beberapa kemaskini disediakan, termasuk kebolehan untuk mengehadkan penggunaan data, serta kebolehan untuk memadam sejarah tontonan anda.

Bagi pengguna Android, anda akan menerima kemaskini baru ini tidak lama lagi memandangkan Google memperkenalkan ia secara berperingkat kepada semua.

Jadi, apa kata anda berkenaan rekabentuk YouTube dalam Material Design ini?

Muat-Turun YouTube untuk Android


TIPS & ULASAN