Carian
Fun Run 2 – Permainan Lumba Multiplayer Dikemaskini Dengan Lebih Banyak Grafik Dan Animasi
December 7, 2014 Aman

Fun Run merupakan salah satu permainan popular yang telah diperkenalkan pada tahun 2011 lepas. Ia membolehkan sehingga 4 orang berlumba pada sesuatu masa dan bersaing dengan rakan-rakan lain menggunakannya. Terkini, pembangunnya turut sama telah menerbitkan permainan versi baru mereka – Fun Run 2.

Fun Run 2

Fun Run 2 hadir dengan kemaskini grafik dan penambahan lebih banyak lokasi latar baru padanya. Berbanding versi asal, Fun Run 2 dilihat membawakan kesan yang lebih grafikal – dan boleh dikatakan agak sukar ketika pertama kali memainkannya berbanding dengan versi asal yang dilihat lebih senang tanpa grafik yang banyak.

Seperti versi asal, pengguna masih boleh memainkannya bersama-sama rakan lain menggunakan sokongan WiFi atau data pada pernati mudah-alih mereka. Kami sendiri agak mengemari memainkan versi asal permainan berkenaan – terutamanya ketika meluangkan masa bersama-sama rakan-rakan di kedai makan dan sebagainya.

Permainan ini telah diterbitkan untuk Android dan iOS, dan seperti biasa pengguna boleh memuat-turun dan memainkannya secara percuma.

Komen