Temui Beberapa Startup Tempatan Pada 13-14 Disember Ini di #OhhSOME Fest

Temui Beberapa Startup Tempatan Pada 13-14 Disember Ini di #OhhSOME Fest

Diterbitkan pada Dis 7, 2014 oleh .

Pada hari Sabtu dan Ahad, 13-14 Disember ini Hotlink akan mengadakan acara Festival #ohhsome yang memfokuskan kepada dunia media sosial di Malaysia. Pelbagai program bakal diadakan termasuklah siri perkongsian yang dikendalikan oleh komuniti TEDxKL, serta perjumpaan komuniti pengguna twitter. Terdapat juga pelbagai bazar jenama tempatan yang dikelolakan Malaysian Distro dan kami sendiri di Amanz bakal membawakan pameran dari startup tempatan.

Hamele

10615370_332453360253406_7776352548674309210_nBagi anda yang mempunyai syarikat dan ingin melakukan promosi di platform media sosial, Hamele menyediakan perisian yang membolehkan syarikat untuk mengendalikan kempen pemasaran. Antara komponen disediakan mereka seperti komponen analisis dan laporan, pengedalian kempen pemasaran media sosial secara masa-nyata dan pelbagai lagi. Anda boleh menemui mereka bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaannya.


The Lorry.com

8MIaKIWe_400x400Startup ini memfokuskan dalam memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari lori sewa. Melalui laman web mereka, pengguna boleh melihat kadar sewa serta kapasiti lori yang diinginkan. Buat masa ini perkhidmatan ini hanya terhad kepada Lembah Klang sahaja.


CatchThatBus

C1TFyjjp_400x400Sekiranya anda sering menghadapi masalah dalam mendapatkan tiket bas antarabandar atau kerap ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menjual tiket bas palsu, CatchThatBus menyediakan platform tempahan tiket bas. Anda boleh memilih destinasi dan boleh membandingkan harga tiket antara penyedia bas antarabandar.


Weraku

werakuSalah satu startup yang mula menempa nama atas karya-karya permainan mudah alih mereka. Tahun ini sahaja mereka telah hadir dengan permainan seperti Kangkung Krush Fiasco, ROTO dan juga Xcite Mountain Bike. Menariknya permainan ROTO mereka turut mendapat beberapa pengiktirafan dan ia juga antara permainan yang unik.


Duriana

logo-top-b4661fd71d27368fb880ed88a680a0bcRamai antara kita menyimpan barang-barang yang tidak dipakai dan mahu dijual, dan tidak mempunyai masa untuk menjualnya diatas talian. Duriana adalah satu aplikasi mudah-alih yang memudahkan proses untuk menjual barangan anda serta mempunyai paparan antaramuka yang cantik bagi pembeli mencari barang yang diinginkan.


MyStartupHouse

logoTerdapat pelbagai acara dan entiti yang bergiat bagi dunia startup dan salah satunya adalah MyStartupHouse yang turut mengendalikan program bulanan #OpenCoffeeClub. Mereka juga baru-baru ini turut membuka penyertaan bagi program 3 bulan membangunkan aplikasi serta tinggal bersama-sama. Sekiranya anda ada pertanyaan berkenaan program 3 bulan mereka bermula Januari hadapan, temui mereka di acara ini.


Tableapp

1236443_563179723737898_1150654212_nTempahan meja makan merupakan satu perkara yang penting lebih-lebih lagi pada sesuatu acara penting seperti makan malam romantik ataupun majlis keraian. Startup ini memudahkan tempahan bagi sesuatu restoran dilakukan dan turut menyenaraikan lokasi bersesuaian dengan pilihan pengguna.


Terdapat lagi beberapa startup yang turut menyertai pameran #OhhSOME Apps ini jadi sekiranya anda berminat dengan solusi yang ditawarkan, atau berminat untuk berjumpa dengan mereka bagi bertukar pendapat dan berkenalan, hadirkan diri anda ke Tingkat 4 Avenue K, 13-14 Disember bermula 10 pagi hingga 6 petang.

Maklumat lanjut: #OhhSOME Fest


TIPS & ULASAN