Carian
Huawei Memperkenalkan Cip 64-bit Dengan Sokongan 4G LTE – Kirin 620
December 8, 2014 Aman

Huawei sedia mempunyai keluarga cip pemprosesan mereka tersendiri yang digunakan pada beberapa peranti milik mereka. Terkini, dengan era 64-bit semakin popular pada peranti mudah-alih, mereka turut sama memperkenalkan sebuah cip pemprosesan baru dinamakan sebagai Kirin 620.

Kirin 620 merupakan cip pemprosesan lapan-teras 64-bit daripada Huawei yang direkabentuk untuk telefon pintar dan juga tablet.

Huawei Kiri 620

Cip ini direkabentuk berasaskan kepada ARM Cortex-A53, dan turut hadir dengan sokongan rangkaian 4G LTE. Ia turut dilengkapi dengan kepantasan teras sehingga 1.2Ghz, sokongan grafik ARM Mali-450, memori LPDDR3, dan turut menyokong sensor kamera sehingga 13-megapixel.

Secara kasarnya, Kirin 620 ini dilihat disasarkan kepada peranti dengan spesifikasi pertengahan, dan mungkin kita akan melihat ia digunakan pada peranti Huawei baru tidak lama lagi.

Komen