Cari @ Amanz

SpotifySpotify sedia mengeluarkan senarai lagu popular yang dimainkan dan didengarkan oleh pengguna tempatan sepanjang tahun ini melalui perkhidmatan mereka. Selain daripada itu, mereka turut menyediakan sebuah aplikasi web untuk membolehkan anda mengetahui apakah lagu yang digemari anda menggunakan aplikasi berkenaan.

Melalui aplikasi yang dinamakan Spotify Year In Music tersebut, pengguna hanya perlu log masuk ke akaun Spotify mereka, dan ia akan menarik beberapa data berkaitan dengan penggunaan Spotify anda sepanjang tahun 2014 ini. Antara data yang dipaparkan termasuk berapa jam anda telah mendengarkan lagu di Spotify, lagu yang paling digemari anda, artis yang digemari anda, dan pelbagai data menarik yang lain.

Jadi, jika anda menggunakan Spotify, mungkin boleh menyemaknya hari ini, dan jangan lupa berkongsi dengan kami akan berkenaan dengan lagu kegemaran anda sepanjang tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd