Facebook Memperluaskan Sokongan Carian Untuk Membolehkan Anda Membuat Carian Status Yang Lebih Spesifik

Facebook Memperluaskan Sokongan Carian Untuk Membolehkan Anda Membuat Carian Status Yang Lebih Spesifik

Diterbitkan pada Dis 9, 2014 oleh .

Facebook telah memperkenalkan Graph Search beberapa tahun lepas dalam usaha untuk menawarkan keputusan carian yang lebih mudah dikalangan rakan-rakan sosial anda. Kini, mereka turut memperluaskan sokongan carian tersebut dalam menawarkan keputusan yang lebih spesifik.

Melalui kemaskini yang ditawarkan oleh pihak Facebook pada sokongan carian mereka, membolehkan para pengguna untuk membuat carian yang spesifik untuk sesuatu kemaskini daripada seseorang individu. Ia tidak lagi terhad kepada carian nama pengguna, ataupun kemaskini daripada Pages seperti sebelum ini.

Facebook Search

Pihak Facebook mengatakan setiap keputusan carian adalah unik kepada seseorang berdasarkan kepada senarai rakan-rakan mereka. Pengguna hanya boleh melihat perkongsian yang dibenarkan kepada mereka sahaja, dan tidak memaparkan sebarang hasil carian yang tidak dikongsikan kepada mereka.

Pada masa yang sama, sokongan carian juga turut diperluaskan kepada peranti mudah-alih, bermula dengan pengguna iPhone.

Kami telah mencuba sokongan baru ini, dan ia dilihat masih belum boleh dicuba lagi. Mungkin pihak Facebook memperkenalkannya secara berperingkat seperti beberapa fungsi mereka yang lain sebelum ini.

Facebook Search


TIPS & ULASAN