Lenovo Vibe X2 Dilancarkan – Dwi-SIM, 4G LTE, Rekaan Berlapis, RM1199

Lenovo Vibe X2 Dilancarkan – Dwi-SIM, 4G LTE, Rekaan Berlapis, RM1199

Diterbitkan pada Dis 9, 2014 oleh .

Lenovo Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru daripada mereka, iaitu Lenovo Vibe X2, salah satu telefon pintar yang telah mencuri perhatian ramai ketika acara IFA 2014 pada bulan September yang lepas.

Lenovo Vibe X2

Lenovo Vibe X2 hadir dengan skrin 5-inci, dan menggunakan cip pemprosesan lapan-teras 2.0GHz daripada MediaTek, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, dan dilengkapi ruangan storan sebesar 32GB. Pihak Lenovo dilihat memfokuskan kepada rekaan kerangka mereka yang berlapis – hadir dengan tiga lapisan dengan warna berbeza yang unik. Lenovo Vibe X2 hadir dengan Android 4.4 KitKat, dan dilengkapi antaramuka Vibe UI yang mana membawakan beberapa ciri-ciri unik seperti dwi-tap untuk mengakses peranti, selain beberapa mod khusus untuk rakaman gambar selfie.

Lenovo Vibe X2

Lenovo Vibe X2

Lenovo Vibe X2

Pengguna juga turut boleh memperluaskan dan menambah beberapa aksesori yang bakal ditawarkan oleh Lenovo untuk pengguna Vibe X2. Antaranya adalah sokongan bateri tambahan dinamakan Lenovo Vibe X2 Battery pada harga RM139 yang membawakan tambahan kapasiti bateri sebesar 2300mAH, dan Vibe X2 Speaker yang membawakan sokongan audio JBL pada harga RM299. Memandangkan ia dihubungkan sebagai kerangka tambahan pada peranti, maka ia tidak kelihatan agak janggal berbanding beberapa aksesori untuk telefon pintar yang lain.

Lenovo Vibe X2 yang ditawarkan di pasaran Malaysia adalah sokongan dwi-SIM, dan hadir dengan sokongan rangkaian 4G LTE. Di Malaysia, ia akan ditawarkan dalam warna putih, emas, hitam dan merah pada harga RM1199. Aksesori untuknya akan ditawarkan dalam masa beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN