Alcatel OneTouch Flash telah diperkenalkan pada bulan September yang lepas di Thailand, dan kini peranti tersebut turut diumumkan secara rasmi untuk pasaran tempatan. Peranti dengan skrin 5.5-inci dijual di Malaysia pada harga RM699.
Alcatel OneTouch Flash ini boleh dikategorikan sebagai peranti dibawah keluarga phablet, hadir dengan resolusi 1280×720 pixel, dan dilengkapi cip pemprosesan lapan-teras MediaTek 1.4GHz. Ia turut dilengkapi memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan 8GB dan hadir dengan Android 4.4 KitKat serta mempunyai kapasiti bateri sebesar 3200mAh.
Peranti ini turut dilihat memfokuskan kepada penawaran kamera, dimana ia hadir dengan kamera 5-megapixel pada bahagian hadapan untuk tujuan selfie, dan kamera belakang 13-megapixel.
Beberapa ciri-ciri khusus turut hadir pada peranti ini termasuk sokongan dwi-tap pada skrin untuk mengakses peranti yang dikunci, dan turut hadir dengan antaramuka tersendiri Alcatel yang membawakan beberapa ciri-ciri khusus melaluinya.
Di Malaysia, Alcatel OneTouch Flash akan ditawarkan pada harga RM699, dan turut hadir dengan sebuah flip-cover, dan juga jaminan perlindungan untuk skrin. Ia akan dijual di Semenanjung Malaysia bermula 12 Disember ini, sementara Sabah dan Sarawak bermula 15 Disember. 1000 pembeli pertama peranti ini turut akan mendapat tongkat selfie.