Cari @ Amanz

Pembangun Fedora hari ini secara rasminya telah pun mengumumkan versi akhir untuk sistem operasi generasi terbaru mereka, iaitu Fedora 21, yang mana hadir dengan beberapa perisian baru dan menawarkan sistem yang lebih stabil berbanding sebelumnya.

Fedora bermula versi 21 ini ditawarkan dalam tiga variasi berbeza, iaitu Cloud, Server dan juga Workstation. Bagi pengguna biasa, anda boleh mencuba versi Workstation, sementara sekiranya anda inginkan beberapa akses seperti OpenStack dan sebagainya boleh gunakan versi Cloud.

Seperti biasa, pelbagai perisian dikemaskini dengna versi baru, dan Fedora turut membawakan beberapa penambah-baikkan pada Terminal seperti latar lutsinar, sokongan penggunaan tajuk pada setiap Terminal untuk membolehkan anda mengetahui penggunaan sesuatu Terminal, dan juga sokongan carian Terminal pada GNOME Desktop Overview.

Beberapa sokongan perkhidmatan web turut diintegrasikan melalui sokongan HTML5, selain pihak Fedora kini turut memudahkan lagi proses pemasangan Fedora 21 ini.

Bagi pengguna yang meminati sistem operasi sumber terbuka ataupun sedia menggunakan Fedora, anda boleh mengemaskini sistem operasi anda dan mencuba beberapa fungsi baru yang dibawakan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd