Cari @ Amanz

VLC merupakan salah satu pemain media yang diminati ramai pada desktop. Pihak VLC turut sedia membangunkan pemain media mereka untuk peranti mudah-alih, dan setelah sekian lama mengujinya dalam bentuk beta untuk Android, kini ia mencapai versi stabil pertama.

VLC Untuk Android

Kemaskini kepada versi 1.0 ini dilihat lebih memfokuskan kepada kestabilan dan sokongan yang ditambah-baik untuk peranti-peranti berasaskan cip pemprosesan ARMv8. Melalui ujian kami, ia berjalan lancar tanpa sebarang masalah, dan membolehkan anda mengimbas semua fail media pada peranti anda dengan pantas dan mudah.

VLC untuk Android seperti biasa membawakan sokongan untuk sejumlah format video dan audio, dan boleh digunakan pada peranti Android versi 2.1 dan terkini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd