Mi Air Purifier – Pembersih Udara Pintar Daripada Xiaomi Diperkenalkan Di China

Mi Air Purifier – Pembersih Udara Pintar Daripada Xiaomi Diperkenalkan Di China

Diterbitkan pada Dis 10, 2014 oleh .

Xiaomi sedia menambah beberapa penawaran mereka dalam arena rumah pintar, dan hari ini mereka hadir dengan sebuah peranti pembersih udara, dinamakan sebagai Mi Air Purifier. Ia akan ditawarkan di China sahaja buat masa ini, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperluaskan ke pasaran seluruh dunia.

Xiaomi Mi Air Purifier

Xiaomi Mi Air Purifier

Xiaomi Mi Air Purifier

Ia ditawarkan di China buat masa ini, memandangkan beberapa bandar di sana mempunyai kualiti udara yang agak teruk. Menggunakan Mi Air Purifier ini, ia mempunyai dwi-kipas dan empat saluran udara yang boleh menjaan lebih kurang 10,000 liter udara bersih setiap minit. Xiaomi turut mengatakan yang mana Mi Air Purifier ini boleh menapis hampir 99% daripada kandungan PM2.5 pada udara yang berbahaya.

Pengenalan Mi Air Purifier ini juga diintegrasikan dengan sokongan pintar dan membolehkan pengguna berhubung melaluinya menggunakan sebuah aplikasi khusus. Melaluinya, pengguna akan mendapat notifikasi seperti meminta mengubah penapis, membuat beberapa tetapan dan sebagainya.


TIPS & ULASAN