Piala Dunia, Virus Ebola, Konflik Gaza Dan Malaysia Airlines Merupakan Antara Topik Terhangat 2014 Di Facebook

Piala Dunia, Virus Ebola, Konflik Gaza Dan Malaysia Airlines Merupakan Antara Topik Terhangat 2014 Di Facebook

Diterbitkan pada Dis 10, 2014 oleh .

Facebook pada setiap tahun akan mengeluarkan data berkenaan topik terhangat yang menjadi perbualan para pengguna Facebook seluruh dunia, dan hari ini mereka telah menerbitkan data berkenaan dengan topik perkongsian popular di Facebook sepanjang tahun 2014 ini.

Facebook 2014

Pada tahun ini, topik yang menduduki tangga teratas adalah berkenaan dengan Piala Dunia, dimana Piala Dunia Bola Sepak FIFA 2014 telah diadakan di Brazil menyaksikan sukan popular tersebut mendapat perhatian dan ramai yang berkongsi mengenainya di laman sosial tersebut.

Disamping itu, beberapa perkara lain yang turut menjadi fokus ramai adalah berkenaan dengan virus ebola, konflik di Gaza dan juga mengenai insiden Malaysia Airlines. Berikut merupakan senarai topik terhangat di Facebook sepanjang tahun 2014 yang disusun mengikut populariti:
1. World Cup
2. Ebola Virus Outbreak
3. Elections in Brazil
4. Robin Williams
5. Ice Bucket Challenge
6. Conflict in Gaza
7. Malaysia Airlines
8. Super Bowl
9. Michael Brown/Ferguson
10. Sochi Winter Olympics


TIPS & ULASAN