Cari @ Amanz

Dengan berbaki lebih kurang 21 hari lagi sebelum tahun baru 2015, pelbagai pihak telah mula menerbitkan senarai data-data mereka untuk tahun ini. Pada hari ini, selain Facebook, pihak Google turut telah menerbitkan senarai video paling popular mereka sepanjang tahun 2014 melalui YouTube Rewind.

Di Malaysia, sejumlah video menarik telah dikongsikan oleh YouTube daripada penerbit tempatan, dimana menduduki tangga pertama dalam carta paling popular adalah I Give You Chance! daripada DanKhooProductions. Sejumlah video daripada pihak Astro turut memasuki senarai, selain daripada video LesCopaque dan beberapa penerbit lain.

I Give You Chance! / DanKhooProcutions

Typical Malaysians Football Fans / TricycleTV

World Cup 2014 Malaysia Sambal Party / REDPeople

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 10 / Astro

Upin & Ipin Boria Suka-Suka / LesCopaque

The Biggest Fan /TheMingThing

RedPeople vs Police / REDPeople

Malaysia Chabor / Namewee

Ceria Popstar 2 / Astro

Maharaja Lawak mega 2013 Minggu 8 / Astro


“10 Video Muzik Popular Di Kalangan Pengguna Malaysia Sepanjang 2014”

Selain daripada video paling popular, pihak YouTube turut hadir dengan kategori khusus untuk muzik video, dimana mereka turut berkongsi sebanyak 10 video paling popular dikalangan penonton Malaysia sepanjang tahun 2014.

Ia didahului oleh lagu tema untuk Piala Dunia FIFA 2014 oleh Shakira, dan turut tersenarai sama pada senarai berkenaan adalah lagu Malaysia Chabor (Joyce Chu), Hilang (Najwa Latif), Gadis Jolobu (WARIS), Let It Go, dan juga Jaga Dia Untukku (Siti Nurhaliza).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd