Cari @ Amanz

Meizu hari ini secara rasminya memasuki pasaran Malaysia, dan melancarkan telefon pintar Meizu MX4 untuk pasaran Malaysia. Untuk pelancaran ini, pihak Meizu bekerjasama dengan pihak Lazada, dan ia akan ditawarkan secara eksklusif melalui Lazada untuk tempoh yang terhad.

Meizu MX4

Meizu MX4 membawakan skrin bersaiz 5.36-inci, dilengkapi cip lapan-teras MediaTek, kamera belakang 20.7-megapixel pada bahagian belakang, dan 2.1-megapixel pada bahagian hadapan. Ia dilengkapi Android 4.4 KitKat dan menggunakan antaramuka khusus FlymeOS daripada Meizu. Ia turut dilengkapi sokongan merakamkan video dalam resolusi 4K, serta hadir dengan sokongan rangkaian 4G LTE.

Meizu MX4 Malaysia

Di Malaysia, Meizu turut akan menyediakan sebuah kedai eksklusif tidak lama lagi, dimana mereka mengatakan akan membukanya di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, 2 di Pulau Pinang dan 2 di Johor Bahru.

Meizu MX4 akan dijual pada harga RM1099 untuk 16GB, dan boleh didapati daripada Lazada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd