Meizu MX4 Pro Akan Memasuki Pasaran Malaysia Pada Awal Tahun Hadapan – Harga Sekitar RM1.4K

Meizu MX4 Pro Akan Memasuki Pasaran Malaysia Pada Awal Tahun Hadapan – Harga Sekitar RM1.4K

Diterbitkan pada Dis 10, 2014 oleh .

Bersama-sama dengan pelancaran Meizu MX4, pihak Meizu turut sama berkongsi mengenai satu lagi telefon pintar terbaru mereka yang telah diumumkan pada bulan lepas, iaitu Meizu MX4 Pro. Ia dijangka akan memasuki pasaran Malaysia pada suku pertama 2015 kelak.

Meizu MX4 Pro

Meizu M-Touch

Meizu MX4 Pro

Meizu MX4 Pro membawakan beberapa penambah-baikkan, termasuk sokongan pengimbas cap jari dan juga skrin pada resolusi 2K. Spesifikasi lain adalah termasuk skrin bersaiz 5.5-inci, cip lapan teras Exynos 5430 daripada Samsung, kamera belakang 20.7-megapixel daripada Sony, dan memori sebanyak 3GB RAM.

Berkongsi mengenai harganya, pihak Meizu mengatakan ia akan ditawarkan pada harga sekitar RM1400 untuk versi 16GB. Beberapa peranti baru lain bakal diumumkan oleh Meizu dalam masa terdekat, dan ia turut dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Disamping pengumuman mengenai MX4 Pro, pihak Meizu turut sama berkongsi beberapa kerjasama yang telah diumumkan oleh mereka baru-baru ini, termasuk kerjasama dengan pihak Canonical dan juga Dell.

Kerjasama Meizu


TIPS & ULASAN