Mi Band – Gelang Tangan Pintar Daripada Xiaomi Berharga RM59 Di Malaysia

Mi Band – Gelang Tangan Pintar Daripada Xiaomi Berharga RM59 Di Malaysia

Diterbitkan pada Dis 10, 2014 oleh .

Xiaomi hari ini secara rasminya menyenaraikan gelang tangan pintar mereka untuk pasaran Malaysia, dimana ia akan ditawarkan pada harga RM59 – sekaligus menjadikan ia sebagai salah satu gelang tangan pintar paling murah di pasaran hari ini.

Xiaomi Mi Band

Untuk pengenalannya, pihak Xiaomi turut akan menjual ia bersama-sama dengan Redmi Note 4G pada hari Khamis ini, dimana pakej bersama-sama dengan peranti pintar berasaskan 4G itu akan dijual pada harga RM648. Untuk permulaan, ia dilihat tidak akan dijual secara berasingan, dan akan ditawarkan melalui pakej jualan bersama-sama peranti mudah-alih Xiaomi.

Xiaomi Mi Band merupakan sebuah gelang tangan pintar yang memfokuskan kepada kecergasan. Ia tidak menyertakan skrin, tetapi hadir dengan beberapa sensor dan mempunyai masa bertahan bateri sehingga 30 hari. Menggunakan Mi Band ini, pengguna boleh memantau pelbagai aktiviti mereka seperti larian, aktiviti kecergasan dan sebagainya, sekaligus memantau beberapa data seperti kalori yang terbakar. Ia juga boleh digunakan untuk memantau cara anda tidur – tetapi memerlukan anda memakainya ketika sedang tidur. Sebuah aplikasi khusus disediakan untuk pengguna melihat beberapa data menggunakannya, dan menganalisa data berkaitan melalui aplikasi tersebut. Ia ditawarkan untuk pengguna Android sahaja buat masa ini tetapi dikatakan akan menyokong iPhone tidak lama lagi. Gelang tangan pintar ini juga membawakan sokongan untuk bergetar ketika anda menerima panggilan, dan turut hadir dengan sokongan kalis air.

Xiaomi Mi Band

Layari : Xiaomi Malaysia Mi Band


TIPS & ULASAN