Lazada Akan Mengadakan Jualan Pada Harga Diskaun Sehingga 96% Pada Hari Jumaat Ini

Lazada Akan Mengadakan Jualan Pada Harga Diskaun Sehingga 96% Pada Hari Jumaat Ini

Diterbitkan pada Dis 10, 2014 oleh .

Lazada Malaysia merupakan salah satu laman jualan yang menawarkan pelbagai peralatan elektronik dan peranti, dengan pilihan bayaran ketika menerima barangan. Hari ini, mereka berkongsi akan mengadakan jualan pada harga diskaun sehingga 96% untuk beberapa produk mereka pada 12 Disember 2014 – iaitu hari Jumaat ini.

Lazada 12-12-2014

Lazada mengatakan kepada kami yang mana mereka akan menawarkan pelbagai peranti dan peralatan elektronik pada harga diskaun, termasuk Zenfone 4, iPhone 6, PlayStation 4 dan sebagainya. Wakil Lazada turut mengatakan akan terdapat tablet Android dari China pada harga bawah RM99, selain televisyen bersaiz 32-inci pada harga bawah RM500 pada hari berkenaan.

Disamping promosi sepanjang hari, pada tarikh yang sama juga, pihak Lazada akan menyediakan potongan harga untuk barangan terpilih mengikut waktu – dimana setiap sejam bermula 8 pagi hingga 12 tengah malam, mereka akan memilih satu produk dan menawarkannya pada harga rendah.

Lazada menyasarkan untuk membuat jualan lebih 10 kali ganda berbanding kebiasaan pada tarikh berkenaan.


TIPS & ULASAN