CIMB Ingin Menamatkan Perkhidmatan Perbankan Melalui Facebook – OctoPay

CIMB Ingin Menamatkan Perkhidmatan Perbankan Melalui Facebook – OctoPay

Diterbitkan pada Dis 10, 2014 oleh .

Pada 2012 yang lepas, salah satu bank tempatan, CIMB telah memperkenalkan perkhidmatan perbankan melalui laman sosial Facebook, dinamakan sebagai OctoPay. Menggunakannya, CIMB membolehkan para pengguna menghantar wang kepada rakan-rakan Facebook dengan mudah, dan pada masa yang sama menambah nilai prabayar.

CIMB OctoPay

Kini, selang dua tahun, pihak CIMB dilihat ingin menamatkan perkhidmatan tersebut. Buat masa ini, aplikasi OctoPay di Facebook masih lagi berfungsi, tetapi pendaftaran baru untuk menggunakannya telah pun dihentikan.

Pada halaman CIMBClicks pula, pihak CIMB telah mula memaparkan mesej mengatakan mereka akan menamatkan perkhidmatan tersebut tidak lama lagi.

Tiada sebab penutupan yang diberikan oleh CIMB buat masa ini. Berkemungkinan salah satu sebab untuknya adalah mungkin kerana angka penggunanya yang tidak begitu ramai, ataupun mungkin ramai yang kurang yakin menggunakan perkhidmatan perbankan melalui Facebook berbanding menggunakan laman CIMB sendiri.


TIPS & ULASAN