Cari @ Amanz

HERE Maps telah ditawarkan untuk pengguna Android dalam bentuk beta sejak beberapa bulan yang lepas, dan hari ini pihak Nokia secara rasminya telah pun menerbitkan ia di Google Play Store. Bersama-sama penerbitan ini juga, ia akan memudahkan lagi pengguna menerima kemaskini semasa tanpa perlu mengemaskininya secara manual seperti sebelum ini.

HERE Maps Android

heremaps-android01

HERE Maps merupakan salah satu aplikasi memfokuskan pemetaan, dimana ia membolehkan pengguna menggunakannya untuk mencari lokasi, ataupun menggunakan ia untuk tujuan navigasi. Menariknya mengenai HERE Maps adalah sokongan offline, membolehkan anda menggunakan ia walaupun tanpa talian – terutamanya ketika anda melawat kawasan pedalaman. Selain daripada itu, pihak Nokia juga turut telah mula menawarkan maklumat trafik semasa pada aplikasi mereka, dimana lebih kurang 40 negara disokong buat masa ini.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, anda kini boleh memuat-turun aplikasi ini secara terus daripada Google Play Store, dan menikmati kemaskini semasa melaluinya dengan lebih mudah berbanding secara manual sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd