Instagram Kini Mempunyai Lebih Ramai Pengguna Aktif Berbanding Twitter

Instagram Kini Mempunyai Lebih Ramai Pengguna Aktif Berbanding Twitter

Diterbitkan pada Dis 11, 2014 oleh .

Instagram kini secara rasminya telah mengumumkan statistik semasa mereka, mengatakan kini mereka mempunyai lebih daripada 300 juta pengguna Instagram setiap bulan. Daripada angka tersebut, dikatakan lebih kurang 70% pengguna kini hadirnya daripada pengguna di luar Amerika Syarikat. Angka perkongsian juga turut meningkat, dimana kini lebih 70 juta gambar dan video dikongsikan melalui perkhidmatan tersebut setiap hari.

Dengan angka pengguna yang ramai ini, pihak Instagram hari ini turut memperkenalkan sebuah fungsi baru, iaitu “Verified Account” untuk selebriti, artis, dan mereka yang popular. Ia merupakan salah satu fungsi yang sedia diperkenalkan pada Facebook dan Twitter dalam memudahkan pengguna mengikuti akaun orang yang asli dan bukannya sebaliknya. Ia akan ditandakan melalui penggunaan sebuah lencana khas pada profil – dimana ia akan diimplementasikan secara berperingkat dalam beberapa hari lagi.

Pada masa yang sama, pengumuman pihak Instagram ini sekaligus memperlihatkan mereka kini mempunyai angka pengguna yang lebih ramai berbanding dengan Twitter. Pada bulan Oktober yang lepas, pihak Twitter secara rasminya memperlihatkan data mereka menunjukkan mereka mempunyai lebih kurang 284 juta pengguna aktif setiap bulan.


TIPS & ULASAN