Cari @ Amanz

DeviantArt sebelum ini telah berkongsi akan perancangan mereka untuk menerbitkan aplikasi Android dan iOS pada penghujung minggu lepas, dan hari ini, aplikasi mereka telah pun diterbitkan untuk Android dan iOS secara rasminya.

DeviantArt

Aplikasi ini diperkenalkan lanjutan daripada pengenalan logo baru DeviantArt. Pihak DeviantArt turut mengatakan yang mana mereka akan mengemaskini web mereka dengan rekaan selari aplikasi mudah-alih ini tidak lama lagi.

Menggunakan aplikasi mudah-alih ini, pengguna boleh mengikuti kemaskini semasa daripada komuniti karya digital terbesar didunia – DeviantArt, selain turut mengikuti perkongsian harian daripada pasukan editorial DeviantArt melaluinya. Bagi mereka yang mempunyai akaun DeviantArt pula, anda turut boleh memuat-naik karya anda menggunakan aplikasi mudah-alih ini, selain mengemaskini status menggunakannya.

Bagi anda yang meminati dunia seni digital, dan menggunakan peranti Android atau iPhone, boleh memuat-turun aplikasi rasmi DeviantArt ini ke peranti mudah-alih anda dan mengikuti pelbagai fungsi yang ditawarkan melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd