Kembalikan Nostalgia! – Permainan SimCity 2000 Kini Percuma Untuk Masa Terhad Melalui EA Origin

Kembalikan Nostalgia! – Permainan SimCity 2000 Kini Percuma Untuk Masa Terhad Melalui EA Origin

Diterbitkan pada Dis 11, 2014 oleh .

SimCity 2000 merupakan salah satu permainan simulasi membina bandar dan menguruskannya yang telah diterbitkan pada tahun 1993, dan merupakan siri kedua dibawah jenama SimCity. Boleh dikatakan, ramai pengguna komputer ketika itu pernah mencuba permainan ini, dan hari ini, pihak EA melalui Origin menawarkan permainan SimCity 2000 secara percuma.

SimCity2000

Permainan klasik ini biasanya ditawarkan pada harga $5.99 melalui Origin, tetapi untuk masa yang terhad pihak EA menawarkan ia secara percuma melalui program On The House mereka.

Bagi anda yang meminati permainan berbentuk simulasi, anda boleh memuat-turun permainan SimCity 2000 ini secara percuma melalui Origin, dan memainkannya pada komputer anda hari ini.

Muat-Turun : Simcity 2000 di Origin


TIPS & ULASAN