Jambanz – Sebuah Speaker Yang Boleh Dipakai Pada Pergelangan Tangan

Jambanz – Sebuah Speaker Yang Boleh Dipakai Pada Pergelangan Tangan

Diterbitkan pada Dis 11, 2014 oleh .

Terdapat beberapa jam tangan pintar pada hari ini, dan kini sebuah speaker yang dipakai pada pergelangan tangan diperkenalkan, dan menggunakan nama produk yang agak janggal bagi pengguna di nusantara – Jambanz.

Speaker yang boleh dipakai pada pergelangan tangan ini boleh dihubungkan ke peranti mudah-alih anda menggunakan Bluetooth. Ia menyokong iPhone, iPad, iPod, dan juga peranti Android buat masa ini.

Jambanz

Peranti ini dilihat ditujukan kepada mereka yang ingin kongsi akan lagu yang dimainkan oleh mereka bersama-sama pengguna disekitar, dan pada masa yang sama berfungsi sebagai speaker mudah-alih. Namun, ia boleh dikatakan agak janggal untuk memakai speaker pada pergelangan tangan. Pihak pembangun Jambanz mengatakan ia turut boleh dipakaikan pada beberapa perkara lain, termasuk pada basikal, motosikal dan sebagainya yang mana mungkin sukar untuk dipasang dengan speaker bersaiz besar.

Jambanz dijual pada harga $30 melalui Amazon, dan hadir dengan pilihan warna jingga, hijau dan juga kelabu. Dengan nama Jambanz, ia mungkin mempunyai sedikit masalah di negara-negara yang menggunakan bahasa Melayu, tetapi pada masa yang sama mungkin memudahkan proses pemasaran mereka.


TIPS & ULASAN