Cari @ Amanz

LINE merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang mempunyai beberapa fungsi tambahan, termasuk sticker, permainan dan sebagainya. Kini, mereka turut menyertai arena untuk perkhidmatan penstriman muzik dan telah pun mengumumkan kerjasama dengan pihak Sony Music Entertainment dan juga Avex Digital.

Melalui perkhidmatan baru yang akan dinamakan sebagai LINE Music ini kelak, mereka ingin menawarkan perkhidmatan langganan penstriman muzik kepada para pengguna.

LINE Friends Pop-Up Store

Info lanjut berkaitan dengan harga dan sebagainya masih tidak diketahui buat masa ini. Memandangkan mereka memfokuskan kepada penawaran mudah-alih, LINE Music ini kelak mungkin diintegrasikan ke dalam perkhidmatan permesejan mereka, dan mungkin ditawarkan sebagai aplikasi berasingan.

LINE juga turut dilihat mempunyai beberapa perancangan lain, termasuk menawarkan manga (komik Jepun) dan beberapa perkhidmatan lain. Di Malaysia sendiri mereka mempunyai beberapa promosi, termasuk telah membuka LINE Pop-Up Store untuk tempoh terhad di Putrajaya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd