Cari @ Amanz

Xiaomi sedia mengumumkan yang mana mereka akan mula menawarkan Mi Band di Malaysia bersama-sama Redmi Note 4G bermula minggu hadapan pada harga RM59. Untuknya sebuah aplikasi khusus telah sedia ditawarkan di Google Play Store untuk digunakan pada sebarang peranti Android tanpa sebarang masalah.

Xiaomi Mi Band

Kini, sebuah aplikasi khusus turut diterbitkan di Apple AppStore, memperlihatkan Mi Band turut boleh digunakan bersama-sama dengan iPhone. Menggunakan aplikasi berkenaan, anda boleh mengakses data kecergasan yang direkodkan menggunakan Mi Band, melihat data berkaitan ketika anda sedang tidur, berkongsi data ke laman sosial, membuat carian Mi Band sekiranya terletak di tempat yang tidak diketahui, dan beberapa fungsi yang lain.

Kami masih belum dapat mencubanya memandangkan belum mempunyai Mi Band lagi buat masa ini. Jika anda sedia mempunyai Mi Band, anda mungkin boleh memuat-turun aplikasi ini, dan menggunakannya dalam merekodkan data kecergasan harian anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd