Aplikasi Indiegogo Diperkenalkan Untuk Pengguna Android

Aplikasi Indiegogo Diperkenalkan Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada Dis 11, 2014 oleh .

Indiegogo merupakan salah satu laman untuk mengumpulkan dana seumpama KickStarter, dimana beberapa syarikat telah menggunakannya untuk hadir dengan produk-produk menarik. Terkini, selain hanya menawarkan versi web dan juga aplikasi iPhone, mereka turut menerbitkan aplikasi rasmi untuk pengguna Android.

Indiegogo Android

Menggunakan aplikasi berkenaan, pengguna boleh melihat projek-projek yang menarik, projek-projek yang sedang meningkat popular, projek yang akan tamat, dan projek yang telah berjaya mengumpulkan dana menggunakan Indiegogo.

Daripada penggunaan ringkas kami, ia menawarkan fungsi penggunaan yang mudah untuk difahami, selain memudahkan lagi pengguna untuk menemui projek-projek menarik untuk mereka menyumbangkan dana. Seperti biasa, sokongan untuk berkongsi ke laman sosial turut disediakan pada aplikasi ini.

Bagi anda yang aktif menyumbang kepada projek-projek menarik, atau berminat melihat idea-idea menarik daripada pengguna seluruh dunia, anda boleh memuat-turun aplikasi Indiegogo ini, dan menggunakannya pada peranti mudah-alih anda.

Muat-Turun Indiegogo untuk Android


TIPS & ULASAN