Carian
BitTorrent Mengumumkan Project Maelstrom – Pelayar Web Torrent
December 12, 2014 Aman

BitTorrent sedia mempunyai beberapa perisian baru daripada yang telah diumumkan sepanjang tahun, dan terkini mereka turut mengumumkan sebuah pelayar web baru berasaskan kepada teknologi P2P, dinamakan sebagai Project Maelstrom.

Project MaelStrom

Project Maelstrom masih lagi pada peringkat pembangunan alpha, dan ia ditawarkan melalui jemputan terhad sahaja buat masa ini. Mungkin kita akan dapat lihat ia ditawarkan secara terbuka dalam masa beberapa bulan lagi.

Menurut CEO BitTorrent, pelayar web ini dikatakan akan berfungsi dan mengakses laman web dengan lebih pantas disebabkan penggunaan sistem berasaskan P2P, selain mana privasi pengguna lebih terjaga memandangkan tiada pelayan yang hadir untuk mengumpulkan atau menyimpan data pengguna.

Pada masa yang sama, menggunakan pelayar web berasaskan P2P ini akan membuatkan perkongsian kandungan lebih terbuka tanpa sebarang halangan daripada pihak ISP atau kerajaan, memandangkan ia berfungsi dengan menarik kandungan dari pengguna-pengguna lain. Ia membolehkan mereka mengatasi masalah sesuatu ISP yang boleh menghalang akses untuk sesuatu pelayan web seperti dilakukan pada hari ini.

Project Maelstrom buat masa ini masih pada peringkat pembangunan awal, dan pihak BitTorrent dijangka akan berkongsi lebih lanjut mengenainya dalam masa beberapa bulan lagi. Semestinya, masih terdapat pelbagai persoalan yang masih tidak terjawab lagi buat masa ini, terutamanya apa yang akan terjadi kepada kandungan sekiranya pengguna yang menawarkan kandungan tersebut menutup komputer mereka dan sebaliknya.

Komen