Lebih 500,000 Google Cardboard Telah Diedarkan – Halaman Khas Untuk Aplikasi Realiti-Maya Disediakan Google

Lebih 500,000 Google Cardboard Telah Diedarkan – Halaman Khas Untuk Aplikasi Realiti-Maya Disediakan Google

Diterbitkan pada Dis 12, 2014 oleh .

Google pada acara Google I/O yang lepas telah memperkenalkan Google Cardboard, iaitu penawaran realiti-maya mereka pada harga yang rendah, sekaligus membolehkan ramai pengguna seluruh dunia mencubanya dengan membuat sendiri. Kini, Google turut berkongsi perkembangannya, mengatakan lebih 500,000 Google Cardboard telah diedarkan oleh mereka di seluruh dunia.

Google Cardboard 500K

Menggunakan Google Cardboard, pengguna boleh membuatnya sendiri dirumah pada harga kos yang sangat rendah, dan menggunakan peranti Android mereka untuk mencubanya dan mendapatkan pengalaman yang ditawarkan oleh peranti realiti-maya.

Lanjutan daripada pengenalannya, mereka turut menyediakan beberapa aplikasi untuk pengguna mencubanya, dan menawarkan SDK untuk pembangun. Hari ini, mereka menerbitkan sebuah halaman khusus di Google Play Store untuk membolehkan para pengguna memuat-turun lebih banyak aplikasi untuk mendapatkan penglaman realiti-maya ini.

Bersama-sama statistik yang dikongsikan oleh Google, mereka turut menawarkan lebih banyak penawaran untuk pembangun dalam hadir dengan aplikasi-aplikasi yang lebih menarik.

Google turut mengatakan mereka agak tertarik dengan dunia VR (realiti-maya) ini, dan sedang membangunkan beberapa projek secara dalaman. Mereka dijangka berkongsi lebih lanjut mengenainya pada masa akan datang.

Layari : Halaman Khas Aplikasi Google Cardboard


TIPS & ULASAN