Dropbox 3.0 Untuk Windows Dan Linux Hadir Dengan Antaramuka Baru

Dropbox 3.0 Untuk Windows Dan Linux Hadir Dengan Antaramuka Baru

Diterbitkan pada Dis 12, 2014 oleh .

Dropbox merupakan salah satu perkhidmatan storan awan, yang membolehkan pengguna menyimpan dokumen pada awan, selain sync akan fail sedia ada pada desktop secara automatik. Terkini, pembangunnya telah pun mula menawarkan versi Dropbox 3.0 kepada pengguna desktop dengan beberapa kemaskini baru padanya.

Dropbox 3.0

Dropbox 3.0 ini membawakan antaramuka yang baru untuk pengguna Windows dan juga Linux, dan pada masa yang sama turut membawakan ikon yang dikemaskini untuk pengguna OS X selari dengan rekaan Yosemite.

Pihak Dropbox turut mengatakan yang mana kemaskini baru ini turut membawakan sokongan File Identifier untuk mengenal-pasti sekiranya sesuatu dokumen itu dialihkan ataupun di ubah-namanya.

Kemaskini baru ini dikatakan akan meningkatkan penggunaan CPU untuk sementara, dan akan kembali seperti biasa selepas setiap metadata fail dimuat-turun ke komputer anda.

Bagi anda yang menggunakan Windows, Mac OS atau Linux, boleh memuat-turun versi baru Dropbox ini, dan menikmati fungsi yang disertakan bersama-sama dengannya.

Muat-Turun Dropbox 3.0 untuk destkop


TIPS & ULASAN