Cari @ Amanz

Google hari ini dilihat telah mengemaskini aplikasi Google Hangouts untuk Chrome, dimana selain hanya membawakan antaramuka baru, Hangouts kini turut menyertakan sebuah tab baru untuk pengguna mendail nombor telefon rakan-rakan mereka.

Hangouts Chrome

Melalui apa yang dilihat, ia menggunakan kredit pada akaun Google anda untuk mendail, dan anda perlu menambah-nilai terlebih dahulu sebelum dapat menggunakannya. Selepas menambah nilai, anda boleh membuat panggilan telefon kepada rakan-rakan anda menggunakannya, selain turut menghantar SMS melaluinya.

Disamping itu, kemaskini baru ini juga membawakan notifikasi yang lebih baik, disamping anda boleh menyembunyikan sepenuhnya aplikasi tersebut tanpa ia menganggu dalam bentuk ikon pada bahagian tepi desktop anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd