YouTube Mula Menawarkan Sokongan Perkongsian GIF Daripada Video Secara Terbina

YouTube Mula Menawarkan Sokongan Perkongsian GIF Daripada Video Secara Terbina

Diterbitkan pada Dis 12, 2014 oleh .

Sebelum ini, kita perlu bergantung kepada beberapa perkhidmatan pihak ketiga sekiranya ingin membuat GIF daripada sesuatu video YouTube. Kini, nampaknya ia akan berubah tidak lama lagi, apabila pihak YouTube telah mula mengintegrasikan sokongan perkongsian GIF daripada video secara terbina pada perkhidmatan mereka.

YouTube GIF

Buat masa ini, sokongan ini ditawarkan pada beberapa video terpilih di YouTube, dimana pengguna boleh melihat sebuah tab baru dinamakan sebagai GIF pada bahagian perkongsian dibawah video. Sebaik sahaja klik pada tab GIF, pengguna akan dipaparkan dengan sebuah menu penyuntingan ringkas, membolehkan anda ingin memilih bahagian mana untuk diubah menjadi GIF. Pengguna turut boleh menambah teks pada video berkenaan pada bahagian atas dan bawah – seperti sebuah meme. YouTube membolehkan masa maksimum sebanyak 5 saat digunakan pada sesuatu GIF, dan fail GIF berkenaan dihoskan oleh pihak YouTube sendiri.

Mungkin kita akan melihat pihak YouTube mengimplementasikan sokongan GIF ini pada keseluruhan perkhidmatan mereka tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN